Tiga nota tentang buku; PBAKL, ODT dan buku Tuhan

BUKU itu bila dilambak dan jual secara besar-besaran maka jadilah pesta buku. PBAKL wajar dianggap sebagai pesta buku terbesar di Malaysia. Saya belum dapat statistik pengunjung, juga nilai jualan untuk tahun ini, 2010. Pengunjung datang dengan pelbagai misi, ada yang mahu membeli atau bertemu seseorang. Amat malang kalau pergi dengan misi SAJA-SAJA. Tiada SAJA-SAJA dalam kamus ahli masyarakat berilmu.

Ilmu pula tidak boleh dipestakan lantaran ilmu tidak boleh dilambakkan dan dijual.

KOMA

Amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di Pentas Aktiviti di Gerai PTS di PWTC pada 27 Mac 2010, jam 5-6 petang. Nama saya ditampal di pentas dan diganding dengan ‘Online dengan Tuhan’ (ODT), malangnya ODT satu pun tiada dalam stok. Khabarnya insya-Allah akan dicetak untuk kali ke-3.

Gambar berkaitan boleh dilihat di http://www.facebook.com/zulkifli.khair#!/album.php?aid=2056048&id=1148466068 . Manakala gambar yang diambil oleh Zamri Mohamad boleh dilihat di sini, gambar oleh PTS pula di sini.

KOMA

Segalanya sudah ditetapkan dalam buku Tuhan. Semalam, saya bantu Dr Rosbi untuk menanam kandungan isterinya yang gugur (3 bulan), di laman surau dekat rumah saya. Salam takziah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s