Sekali azan, dapat elaun 20 sen

LELAKI yang saya kenali, yang rajin melaungkan azan di sebuah surau di daerah ini khabarnya mahu diberi elaun sebanyak RM 20 sebulan. Katanya, itu elaun bilal.

Saya agak terkejut, lalu cepat2 membuat kiraan. Katakan dia azan selama 20 hari dalam sebulan, ini bermakna:

1 hari dibayar elaun sebanyak RM 1

Disebabkan sehari ada 5 waktu, maka:

1 waktu dibayar elaun sebanyak 20 sen

Katakan untuk sekali azan mengambil masa selama 5 minit, jadi:

5 minit azan setara dengan 20 sen

Justeru,

1 jam azan, bayarannya adalah RM 2.40

Bayaran ‘ihsan’ tentunya melampaui apa yang diperolehi oleh seorang penyanyi yang ada dibayar sejam RM 200 atau sejam RM 2,000 atau lebih.

Lelaki yang rajin ke surau tersebut dikehendaki membuka akaun bank. Masalahnya, dia perlu sediakan wang sebanyak RM 250 yang lebih kurang sama dengan pendapatan azan selama 2 tahun lebih sikit.

Sebagai penulis, geram juga bila dibayar sikit malah lambat pula. Bila tahu abang atau pak bilal bernasib begini… Bayangkan buat masjid gah-hebat, tiada yang azan. 20 sen saja beb!

Gambar hiasan: Masjid Rengit, Batu Pahat, Johor.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s