Refleksi ABC di Kota Tinggi

ADA beberapa penemuan menarik sewaktu kendalikan bengkel di SMK Laksamana Kota Tinggi pada Sabtu lalu (230410). Bengkelnya berjudul ‘Kreativiti dan Keusahawanan’, slot khas dalam program BEY Johor Corporation (JCorp). Penemuan:

  • Dalam ramai2 peserta (sekitar 40 orang), ada seorang yang seumur hidup tidak pernah buat kapal terbang kertas (salah satu aktiviti adalah buat kapal terbang kertas).
  • Dalam ramai2 peserta, ada seorang yang tidak suka ABC. Yang lain, bila ditunjukkan gambar ABC Kg Melayu Majidee, semuanya suka. Yang tidak suka tersebut bila ditanya apa yang dia suka. Maka jawabnya, “teh bunga.” Ha, ha, ha.

Hmm. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan pula perasan semua orang suka apa yang majoriti suka…

Dalam konteks yang lain, inilah petanda kebesaran Tuhan, kepelbagaian cita rasa dan minat. Anak kembar dan adik beradik berlainan perangai dan cita rasa, inikan pula yang keluar dari rahim yang berbeza. Setiap manusia berbeza sebagaimana cap jari yang takkan serupa dalam bilion manusia di seluruh dunia. Namun dalam perbezaan itu, manusia ada yang serupa dari segi keinginan untuk dihargai dan kemahuan untuk bahagia, di samping keikhlasan untuk perlukan Tuhan.

Advertisements

2 thoughts on “Refleksi ABC di Kota Tinggi

  1. tahniah atas kejayaan demi kejayaan, semoga Allah redai segala perjalanan. seronok komen tersebut…. memang betul….. tak semua org suka pd sesuatu yg indah, dan tugas kita pula tidak memperlekehkan pendapat org lain pula yg lain daripada yg lain…. wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s