Refleksi tidak minum guna tangan kiri

SEINGAT saya, sudah tiga kali teman saya memberitahu akan hal ini. Dia yang juga pembaca Offline dengan Syaitan (ODS) memberitahu, “Setiap kali hendak minum guna tangan kiri, saya selalu teringatkan buku ODS.” Untuk makluman dalam ODS ada saya sentuh hal makan minum hendaklah dengan menggunakan tangan kanan sebagaimana yang diajar oleh nabi Muhammad. Namun, sering pula kita tidak perasan tambahan kononnya ikut cara makan bertika: potong guna tangan kanan, suakan makanan ke mulut (dengan garfu) guna tangan kiri.

Bicara teman saya itu dapat dikatakan sebagai refleksi dan boleh dibahaskan dalam konteks Teori Pembelajaran Transformatif oleh Jack Mezirow sejak tahun 1978.

Refleksi boleh berlaku dengan perkara2 biasa yang dilalui dalam kehidupan seharian, malah boleh juga berlaku menerusi peristiwa2 besar lagi dramatik sekali gus menghasilkan transformasi ke dalam diri seseorang. Transformasi di sini merujuk kepada ilmu, kemahiran dan nilai. Bagi orang dewasa, pembelajaran hakikatnya banyak berlaku bila berlakunya refleksi atau refleksi kritikal atau pemikiran mendalam sebagaimana yang sering disarankan dalam al-Quran: afala ya’qilun, afala yatafaqqahun dll.

Menurut Mezirow sebagaimana yang disokong oleh Cranton dll, refleksi tersebut hakikatnya berjaya mengubah PERSPEKTIF MAKNA yang diwakili oleh KEBIASAAN MINDA (HABITS OF MIND) dan JENIS ILMU (KINDS OF KNOWLEDGE) yang seterusnya membawa kepada transformasi kefahaman, nilai dan tindakan.

Refleksi yang mungkin wujud selepas membaca ODS mengenai minum tangan kiri adalah:

  • Oh, rupanya nabi Muhammad larang minum dengan tangan kanan (bagi yang baru tahu).
  • Oh ya, betul. Nabi Muhammad suruh minum dengan tangan kanan (bagi yang sering lupa).
  • Kenapa perlu saya pastikan untuk minum dengan tangan kanan?
  • Apa salahnya minum dengan tangan kiri?
  • Kenapa perlu saya kaji semula amalan saya selama ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s