Log 1 Mei 2010

KULIAH Subuh di Masjid Mutiara Rini sungguh menjentik kalbu. Pembicaranya Ust Farhan dari Sabah. Anak paderi yang menjadi Muslim sewaktu berusia 24 tahun. Namun, dia memecut hebat. Berguru di beberapa pesantren dan Universiti al-Azhar sehingga menguasai banyak ilmu termasuk al-Quran. Bicara mengenai gambaran akhirat cukup berkesan seperti kesungguhan dan keikhlasan nabi Muhammad yang mahu memberi syafaat buat umat. Sewaktu menghadiri pertemuan keluarga Malaysia-Singapura kira2 jam 11 hingga Zuhur, peringatan ninda Ust Ahmad Sonhadji (lihat gambar) juga menjentik kalbu. Kami membuat refleksi terhadap ayat 250 al-Baqarah: Robbana afrigh ‘alaina sobra wa thabbit aqdamana… Beliau terjemahkan afrigh sebagai curahkan – sabar persis air yang dicurahkan oleh Allah ke atas kalbu dan roh. Sabar pula diertikan sebagai ‘menahan diri daripada sesuatu yang dibenci’. Ayat ini berkaitan Thalut dan tenteranya sewaktu berhadapan Jalut, namun doa ini wajar diamalkan dalam kehidupan.

KOMA

Selepas pertemuan keluarga tersebut, kami bergegas ke Felda Sg Mas, ada undangan majlis perkahwinan. Perjalanan agak membosankan, TIGA jam baru sampai (sepatutnya sejam lebih sahaja)!

Kemudian, ambil peluang ke pantai. Secara kebetulan ada Pesta Tg Balau di persisiran Tg Balau, bersebelahan Desaru.

Jeti tercantik di Tg Balau.

Muzium Nelayan Tg Balau.

Laut dan pantai yang seronok untuk disaksikan.

Murah rezeki si penjual ais krim.

Salah satu acara yang dipertandingkan, membina istana pasir. Kelihatan jauh di belakang, pentas kecil untuk pertandingan kugiran pada malamnya. Barangkali pada tahun berikutnya, pihak penganjur (KEJORA) dapat memikirkan suatu program pada sebelah malam yang dapat mengambil kira aspek hiburan dan pengisian jiwa hamba.

Advertisements

2 thoughts on “Log 1 Mei 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s