Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata (terutama tulisan) badan binasa

SAMA ADA blog atau Facebook atau apa2 saja yang membabitkan tulisan dalam dunia siber, semua pihak harus berhati2. Malah SMS pun begitu juga, lantaran segala apa yang ditulis itu dapat dijadikan bukti sebab lebih mudah direkod berbanding dengan apa yang diucap.

Sebelum ini, khalayak tentu pernah dengar kisah penulis blog dihadapkan ke mahkamah disebabkan menghina sultan dan lagu kebangsaan di samping kisah menceraikan isteri dengan menggunakan SMS. Terbaru, timbul pula kisah ugut bunuh TNGA sebagaimana yang tersiar dalam BH – hingga sanggup ke tali gantung asalkan dapat bunuh seorang tokoh yang seagama, bukan pula ke atas penjenayah Zionis!

Demikian sebahagian daripada tulisan saya dalam majalah Jendela Selatan pada tahun lalu dengan judul ‘Adab menulis dalam media digital’:

“Menulis dalam media digital barangkali ibarat bercakap dalam bilik gelap yang dimuati oleh puluhan atau ribuan atau jutaan orang yang tidak dapat dilihat. Tanpa berfikir panjang, aksara terus lancar meluncur membentuk ayat dan perenggan. Demikian sikap majoriti manusia, lebih lancar berbicara sewaktu tiada atau tidak ramai audiens realiti berada di hadapannya.

Tulisan terus kekal berbanding lisan, malah boleh dijadikan bahan bukti biarun selepas berpuluh-puluh tahun malah beratus-ratus tahun, apa lagi menjadi bahan bukti di mahkamah Allah di Padang Mahsyar.

Menurut Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tidak termaktub sebarang bentuk larangan atau menapis maklumat dalam internet. Namun sebagai penulis berakidah, bermaruah dan berpatriotik, menulis biarlah beradab. Bukankan manusia berpendidikan (educated) itu hakikatnya manusia beradab sebagai takrifan Prof. Syed Naquib al-Attas bahawa pendidikan sebagai proses mengadabkan seseorang?

Adab paling utama tentulah tidak menghina Allah, rasul dan Islam. Anda tidak perlu jadi Salman Rushdie untuk popular dan dicalonkan sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusateraan dengan tulisan yang sarat dengan penghinaan kepada agama asalnya sendiri. Dalam sejarah, Firaun yang angkuh mencabar dan menghina Tuhan akhirnya menemui ajal dalam penghinaan oleh Tuhan.”

Advertisements

6 thoughts on “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata (terutama tulisan) badan binasa

    • Peringatan untuk kita juga. Dalam dunia kini, cakap lepas (CL) kadang2 mampu mengherokan seseorang – kelihatan berani, terlepas daripada bebanan tugas tambahan dsb. Orang yang CL pula kadang2 dianggap lebih jujur, tak simpan perasaan dalam hati, jauh lebih baik daripada yang pendiam termasuk yang alim2 kucing.

      Bakap carut (CC) pun satu lagi isu. Kalau kita perhatikan, ramai remaja yang suka CC – s**l, b**i, pu****k dll. Bila dewasa, ada sedikit ‘peningkatan’ terutama bila bertugas di syarikat swasta antarabangsa (konon rasa hebat). Ini termasuklah f**k you, b*****d dll. Di sesetengah tempat, amalan ini sudah jadi kebiasaan. Kalau jadi bos, tak cakap begini bagaikan tidak sah.

  1. Salam Tuan Zul,
    Orang yang menulis tanpa ada pertimbangan sebetulnya tidak tahu untuk menulis. Dan tulisannya sewajibnya tidak perlu dibaca. Orang-orang begini hanya ingin menonjolkan diri dan berharap agar dengan tulisannya itu, dia akan lebih dikenali dan mungkin berharap untuk menjadi popular. Jadi, melayan tulisan orang yang berfikiran cetek akan menyebabkan orang yang membacanya turut berfikiran sepertinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s