Latihan refleksi rohaniah (spiritual reflection)

HAKIKATNYA ini amalan para sahabat. Direkodkan bahawa tahi unta pun boleh dibuat refleksi apatah pula dengan peristiwa besar seperti kemenangan dalam Perang Badar, Perang Mu’tah dan sebagainya. Ustaz Mustafa Masyhur pula menyentuh aspek ini daripada perspektif dakwah menerusi buku (terjemahan) Bekalan dalam perjalanan dakwah.

Rumusannya, refleksi adalah amalan orang beriman; hasil cetusan iman dan untuk menjana iman. Oleh itu, setiap yang beriman harus sering refleksi terhadap apa yang berlaku ke atas diri sendiri, keluarga dan persekitaran. Dalam konteks kini, ada beberapa perkara yang boleh direfleksi:

  • Dominasi debu gunung berapi untuk kali kedua sehingga menggendala ribuan penerbangan khususnya di Eropah – perhatikan bagaimana sekecil debu mampu menyebabkan sebuah pesawat tidak dapat diterbangkan.
  • Ketewasan Parti Buruh di Britain – kegawatan ekonomi dunia dan gerakan perangi keganasan dunia antara lain telah sebabkan kejatuhan sebuah kerajaan setelah lebih sedekad berkuasa. Ketidakpopularan ahli parlimen yang boros berbelanja dengan menggunakan wang rakyat sewajarnya memungkinkan ahli parlimen tempatan berfleksi bahawa suatu masa kelak, rakyat akan menghukum dirinya bukan sekadar di dunia bahkan di akhirat!
Advertisements

2 thoughts on “Latihan refleksi rohaniah (spiritual reflection)

  1. Today I, permulaan yang amat getir bagi sesetengah kita..kenapa ya? Sesungguhnya jika kita sedar bahawa segalanya hanya pinjaman seketika mungkin akan memudahkan Today I itu…

    • Sdra Abdul Rahman. Sungguh saya merindui ‘Today I’. Saya juga menghargai ‘Today I’ bahawa refleksi itu sebenarnya suatu bentuk pelajaran. Apa yang kita belajar sebenarnya bukanlah daripada apa yang mahu dicurahkan oleh guru atau apa yang mahu dititiskan oleh jurulatih, sebaliknya adalah apa yang kita lihat dan fikirkan secara mendalam sehingga mengubah paradigma dan seterusnya melonjakkan makam kalbu dan roh. Ya, dalam masa yang sama, ‘Today I’ banyak mengubah cara saya kendalikan latihan dan perundingan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s