Refleksi Jumaat – Cerita tentang kerusi

SEMALAM, entah macam mana kalbu saya terdetik. Haji P baru mula solat dengan menggunakan kerusi. Tidak silap, ada kira2 dua minggu. Saya merenung terhadap diri saya sendiri. Bagaimana kalau saya terpaksa dirikan solat dengan menggunakan kerusi?

Pada saat itu, saya tiada peluang untuk sujud secara normal melainkan duduk di kerusi sambil merendahkan kepala. Dahi tiada lagi peluang mencecah bumi. Begitu juga dengan tangan, lutut, dan jari-jemari kaki beserta hidung. Biarpun solat saya sah, saya tiada lagi peluang menunjukkan rasa rendah diri dan rasa hamba secara fizikal. Oleh itu, hargailah sujud (juga rukuk). Didiklah diri agar mencintainya.

KOMA

Gambar hiasan.

Pada tahun lepas, seorang guru berkongsi tentang cerita kerusi sewaktu berpeluang solat di sebuah masjid di China. Kerusi buat warga emas yang uzur di sana cukup unik. Khabarnya ada papan kecil mendatar melintang di hadapan (kreatif dan inovatif; umat menjadi lebih kreatif bila lebih ramai Cina menjadi Muslim?). Yang demikian, ada peluang mencecahkan dahi. Kalau tidak pun ke bumi, namun cecah ke papan tadi. Barangkali dapat juga melepas rindu untuk sujud sambil bertasbih, bertasbih dan bertasbih.

Moga kita semua terus sujud sampai mati!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s