Isu pembantu rumah adalah isu kebajikan rakyat

Gambar hiasan: Anak orang utan di kebun binatang mahu diberi susu...

BERITA mengenai isu pembantu rumah diberi cuti dan pasport dirujuk. Ada beberapa hal yang amat pelik berlaku kalau kita halusi hal ini:

  1. Bagaimana pembantu rumah mudah larikan diri dalam negara berdaulat ini? Pembantu rumah Indonesia saya pernah larikan diri begitu juga dengan sejumlah besar yang lain.
  2. Macam mana majikan dikenakan denda pula bila pembantu rumahnya cabut lari? Malah ada yang larikan harta benda. Saya amat terkilan bila pegawai imigresen berkata kepada saya, “ini perkara biasa.” Saya amat berminat untuk mengetahui statistik pembantu rumah cabut lari di samping statistik pembantu rumah didera.
  3. Sehubungan itu, bagaimana pasport mahu dibiarkan kepada pembantu rumah ini simpan pasport masing-masing di samping diberi cuti pula? Apa maksud cuti? Dibenarkan untuk keluar rumah sehari suntuk? Kredit buat Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang membuat bantahan terhadap isu cuti dan pasport ini.

Isu pembantu rumah hakikatnya merupakan sebahagian daripada isu kebajikan rakyat. Pemimpin negara wajar membuat kira2 agihan perbelanjaan rakyat termasuk kerugian disebabkan pembantu rumah cabut lari yang ditanggung oleh rakyat. Pemimpin mesti letakkan agenda membina keluarga sejahtera-bahagia sebagai agenda utama, kelak terbina masyarakat sejahtera-bahagia termasuk beri contoh yang baik dalam urusan pernikahan (nikah di Thailand?) dan rumah tangga. Moga Allah memberi kekuatan kepada anda semua untuk memberi teladan kepada rakyat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s