Elak zina bukan sebab takut HIV

GERAM. Itu yang saya rasakan apabila kempen elak zina, jangan zina dijustifikasikan elak HIV dan pelbagai penyakit kelamin (saya pernah dengar dalam radio dan semalam saya dengar secara ‘real‘ selepas sebuah pementasan teater). Justifikasi dalam hal ini sepatutnya menjadi perkara kedua. Perkara pertama adalah disebabkan ketaatan kepada Allah, sebab Allah perintah, sebab nabi Muhammad suruh dan larang. Kalau begitu:

  • Apa tujuan utama solat? Supaya darah sampai ke urat saraf dalam otak?
  • Apa tujuan utama puasa? Supaya badan sihat, manakala kadar glukos dan kolesterol dalam darah dapat dikurangkan?
  • Apa tujuan utama zakat? Supaya dapat kurangkan/elak cukai pendapatan?
  • Apa tujuan pakai tudung? Sebab ramai kawan di pejabat pakai tudung?

Dalam konteks ibadah, buat atau tidak buat adalah semata2 untuk abdikan diri kepada Tuhan. Bagi pihak kerajaan, haramnya zina bukanlah disebabkan gejala buang bayi atau budak sekolah menengah pun terlibat dengannya, tapi disebabkan Allah yang haramkan.

Jumaat lepas (lepas Isyak), saya hadiri bicara ‘Kiamat sudah dekat’ oleh Ust Rifki anjuran Tadika Darul Ilmu yang sederet dengan rumah. Maka, salah satu tanda zina adalah banyaknya perzinaan (dan banyak lagi yang rata2 sudah terjadi). Tertarik dengan saranan untuk membaca doa sebagaimana doa nabi Muhammad buat seorang sahabat yang gemar berzina: Allahumma kaffara zanbih, wa tahhir qalbih, wa hassin farjih.

Selain itu, sewaktu mendapat bayi. Seusai azan di telinga kanan, bacakan surah al-Qadr. Demikian yang juga disarankan oleh al-Fatoni dalam kitab Muthala’al-Badrin.

Kini, saya cuba mencairkan geram saya itu. Barangkali orang2 yang berkata begitu tidak tahu dan tidak perasan. Darihal anak2 daripada keluarga baik2 di Raudhatus Sakinah cukup menginsafkan. Moga Allah pelihara diri kita semua daripada kemurkaan-Nya.

2 thoughts on “Elak zina bukan sebab takut HIV

  1. inilah jadinya bila orang yang tak mahir soal agama mula buka mulut…
    budak2 sekolah rendah pun boleh cakap benda yang sama kalau dah itu yang diasak ke telinga mereka…
    teringat pula kes dulu kala (yang tak dulu mana pun), nak bagi kondom secara percuma untuk elakkan masalah yang sama macam ini berlaku…
    bak kata wan kamarudin, “APA KEJADAHNYA?”…
    beginilah jadinya bila ulama diperlekeh…yang jahil disanjung melaangit…

    • Sakinah, ulama sepatutnya dimartabat, bukan ditambat. Ada orang masuk syurga tanpa hisab, terus masuk, tup. Dalam satu hadis dijelaskan ada pula yang langsung masuk neraka secara langsung. Sebabnya ada sedikit rasa bencikan ulama apatah pula yang siksa, cerca dan hina golongan bijak pandai agama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s