Rakaman dua Sabtu

SABTU lalu, kami memberi sedikit khidmat di kebun orang tua. Ust Midon bersama saya bersihkan sedikit ruang kecil dalam kebun, manakala anak2 sibuk dengan ‘projek’ tersendiri.

Ust Hamidon kelihatan tekun membersihkan kawasan DDL (di dalam lingkungan).

Zaid cuba tunjuk ‘skill‘.

Faris juga tidak ketinggalan untuk cuba tunjuk ‘skill‘.

Sesi makan tebu.

KOMA

Sabtu terbaru (22 Mei), salah satu aktiviti yang kami lakukan adalah meraikan ulang tahun Masihi ke-11 bagi Muhammad Zaid (pada 20 hb lalu). Ringkas saja. Yang penting doa dan harapan daripada ninda berdua supaya Zaid sedar bahawa ramai pihak menaruh harapan agar jadi anak soleh di samping cemerlang dalam pelajaran.

Nak tunggu apa lagi? Bila boleh mula potong kek?

Amin!

Hadiah helikopter ini harus dikongsi dengan Luqmanulhakim – kelihatan ia sedang dicas.

KOMA

Saya turut sempat ke DBP Wilayah Selatan untuk teater Kampung Cetek. Temanya berkenaan isu sosial – isu rumah tangga. Akhirnya sang isteri dimasukkan ke wad psikatri (tentu bagi sesetengah karyawan kurang bersetuju dengan plot begini, wanita sewajarnya digambarkan sebagai mampu menyelesaikan masalah dan bermaruah). Kehadiran sungguh luar biasa sehingga orang kuat sastera dan budaya DBP Wilayah Selatan, En Rusdi kepada mencadangkan  kepada audiens, “tulis surat kepada DBP di pusat.” Ini untuk memohon agar teater dapat dipentaskan dengan lebih kerap dan dipentas di tempat yang lebih selesa.

Advertisements

4 thoughts on “Rakaman dua Sabtu

  1. Hanya depan saja yang berpagar. Supaya dapat padankan dengan pintu pagar yang asalnya dari TG (pintu pagar baru di TG kini). Barangkali akan datang akan segalanya berpagar. Inilah yang dikatakan bila si buta pegang ekor gajah lalu katakan gajah ibarat seutas tali yang berbulu – ha, ha, ha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s