Pertemuan dengan dua Yaakob

MUSAFIR bermula pada jam 6.20 pagi semalam (260510). Singgah di Melaka, hantar tempahan 30 Online dengan Tuhan (20 daripadanya siap dengan autograf). Kemudian ke sebuah kilang label di Kelang, ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Putrajaya dan ke Pusat Halal di Serdang. Musafir ini tentunya ada kos melepas iaitu tidak dapat hadir ke Mesyuarat Agung PERDASAMA peringkat negeri Johor.

Ada dua manusia istimewa yang saya temui semalam:

  1. Ust Yaakob Bunajab (senior sewaktu di Maahad Muar). Alhamdulillah bertemu juga bersua selepas 28 tahun. Secara kebetulan Abang Yaakob bercuti dan dapatlah makan tengah hari di luar Cyberjaya (tempat dia bertugas), yakni di Coffee Village, Sungai Remba. Tempatnya menarik. Sambil makan, tonton orang memancing yang dapat pula beberapa ekor ikan. Dalam pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan antara sekolah-sekolah di Trengganu akan datang, Abang Yaakob akan bertindak selaku ketua hakim. Saya kemudian ditunjukkan jalan ke KPM
  2. Prof Dr Yaakob Che Man, aktivis makanan halal dan orang yang bertanggungjawab menubuhkan Makmal Halal pertama di alam ini, bertempat di Institut Penyelidikan Produk Halal. Beliau baru saja dinobatkan selaku tokoh Maulidur Rasul 2010. Kami dirai dan dilayan ibarat menteri daripada sesebuah negara. Itulah kelebihan Prof Yaakob – merendah diri, peramah, gigih, berjiwa besar, passion kepada R&D, dan cukup menginspirasi. Saya berpeluang masuk ke dalam Makmal Halal tersebut. Pada asasnya sudah siap, sedikit masa lagi akan beroperasi. Sungguh berbaloi ke ‘desa’ Prof Yaakob biarpun sesat hingga terpaksa kembali ke Putrajaya.

Sebelum jam 10 malam, sampai ke JB. Kamera terlupa bawa, ada hikmahnya. Sesat juga ada hikmahnya, ibarat kata bapa mertua saya, “sekali terkena, dua kali ingat, tiga kali mengena!”

“Dalam tempoh lima hari bekerja, pihak kami akan membalas proposal ini,” ujar seorang pegawai di KPM yang saya temui semalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s