29 Mei, Konstantinopal mutlak milik umat

29 MEI merupakan tarikh kejatuhan Konstantinopal sebagaimana yang dikhabarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. (Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya). Serangan ke atas ibu kota Rom Timur (Byzantine) itu berlaku selama 54 hari, iaitu dari 6 April hingga 29 Mei 1453. Hal ini antara lain dicatatkan dalam The Ottoman Empire: The Classical Age 1300-1600 oleh Halil Inalcik (1973).

Kota ini dibuka pada tahun 330 dan pernah ditawan sekali oleh muslimin pada tahun 1204 sewaktu Perang Salib Ke-4.

Pemimpin tersebut ialah Mehmed II. Beliau juga lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih. Al-Fatih bermaksud pembuka, yakni pembuka kota Konstantinopal yang dianggap sebagai kota terkuat di dunia pada masa itu. Tentera di bawah pimpinan al-Fatih adalah kira2 250,000 orang bersama senjata tercanggih sezaman iaitu meriam besar yang dihasilkan menerusi aktivisme R&D yang didokong secara langsung oleh pihak al-Fatih.

Serangan ke atas kota Ortodoks, Konstantinopel dari satu segi adalah suatu jihad yang terangkum dalamnya:

  • Tadbir urus (governance) yang cekap.
  • Kepemimpinan yang adil.
  • Strategi militari yang ampuh.
  • Nilai inovasi dan R&D yang tinggi.

Malangnya, catatan sejarah begini bagaikan mahu dibenamkan di lumpur dayus umat. Generasi baru umat dibiarkan untuk lebih kenal hero dan superhero media termasuk Hell Boy, Batman, Superman dll dan dibiarkan untuk jadi pengecut dengan sejumlah cerita hantu dan puaka!

Nota: Buku tersebut telah dihadiahkan oleh Zeynep, berasal dari Istanbul dan merupakan salah seorang pelajar kelas ‘Islamic Psychology’ saya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s