Refleksi musim haji 1434H: Beberapa keajaiban berkaitan ibadah haji

BANGUNAN AGUNG BERNAMAKaaba-islam-172966_500_375 KAABAH

Kaabah merupakan bangunan kecil yang menjadi titik fokus arah kiblat umat Islam seluruh dunia, sewaktu mendirikan solat. Orang Islam sejauh di Wellington perlu menghadap ke arah Kaabah sewaktu mendirikan solat. Orang Islam sejauh di Oslo juga perlu menghadap ke arah Kaabah sewaktu mendirikan solat. Malah, angkasawan Muslim di angkasa juga menghadap ke arah Kaabah sewaktu mendirikan solat.

Dalam banyak-banyak bangunan di dunia, bangunan Kaabah paling banyak dikunjungi. Ianya percuma. Ia dikunjungi dengan tujuan ibadat, bukan dengan tujuan maksiat. Malah sebarang bentuk perlakuan jahat dan buruk digandakan dosanya sebanyak tujuh kali ganda berbanding di luar Kaabah, atau lebih tepat, di luar kota Mekah.

Selain itu, Kaabah atau Baitul ‘Atiq tidak putus-putus ditawaf kecuali sewaktu solat fardu. Biarpun sewaktu tengah malam mahupun sewaktu jam satu atau dua pagi. Tiada bangunan lain yang dikunjungi sampai keadaan begini. Ini disebabkan, ibadah tawaf di Kaabah dilakukan dengan niat kerana Allah.

Seperkara lagi, Kaabah bukanlah objek sembahan. Solat dan tawaf sekadar berpusat di Kaabah, namun di hati adalah untuk Allah. Jika Kaabah itu objek sembahan, sudah tentu Kaabah tidak boleh dinaiki dan dipijak. Ini berlaku sewaktu proses penyelenggaraan Kaabah dan sewaktu zaman Nabi Muhammad, Bilal bin Rabah pernah naik ke Kaabah untuk melaungkan azan.

HANYA DENGAN SATU ARAHAN, LEBIH DUA JUTA ORANG SENYAP DAN BERADA DALAM BARISAN

Jika anda seorang ketua, bukan mudah untuk membuat arahan kepada 100 orang supaya senyap dan berada dalam barisan. Apa lagi kalau 1000 orang dan 100,000 orang. Apa lagi kalau lebih sejuta orang. Tapi ini berlaku sewaktu orang Islam mendirikan solat, dan ini dapat dilihat dengan ketara di Masjidil Haram.

Sewaktu azan dikumandangkan, semua orang sudahpun mula bersedia untuk mendirikan solat. Yang berada dalam hadas kecil, mereka akan segera untuk mengambil wuduk. Bagi yang sudah berwuduk, mereka mendirikan solat sunat. Kemudian, bila iqamah dikumandangkan, semua orang bertambah bersedia.

Seusai imam melaungkan takbir, “Allahu akbar!”. Ia dituruti oleh sidang jamaah. Selang beberapa saat, suasana menjadi senyap sunyi dan berlaku apabila semua orang berada dalam barisan. Tiada seorang pun yang bercakap-cakap melainkan bacaan dalam solat. Yang bercakap mungkin kanak-kanak kecil yang belum mengerti akan erti tanggungjawab.

Semua orang bergerak dalam solat berdasarkan arahan takbir daripada imam. Bila imam bertakbir untuk rukuk, orang lain pun ikut bertakbir untuk rukuk. Bila imam bertakbir untuk sujud, orang lain pun ikut bertakbir untuk sujud. Di Masjidil Haram, dua hingga tiga juta orang mengikut arahan imam yang sekadar melaungkan takbir.

Hakikatnya mereka bukan mendirikan solat, mahu rukuk dan sujud demi imam sedangkan, rata-rata tidak dapat melihat imam, tidak pernah bertemu imam dan ada yang langsung tidak mengenali siapa imam. Pendek kata mereka bukan lakukan untuk imam, tetapi lakukan itu semua untuk suatu yang jauh lebih besar berbanding imam iaitu Allah Rabbul-Jalil.

Kredit gambar Kaabah: http://www.fanpop.com/clubs/islam/images/172966/title/kaaba-photo

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s