REFLEKSI BERMALAM DI WAD

ALHAMDULILLAH setakat ini saya bermalam di wad hanya sebagai peneman pesakit dan bukan sebagai pesakit. Kali pertama adalah sewaktu isteri melahirkan anak kami yang kedua.

Seterusnya, bermalam di wad sewaktu ayah saya dimasukkan ke wad di atas sebab pembedahan sakit angin pasang, dan sebelum itu untuk santuni ibu sewaktu pembedahan di bahagian tulang belakang sewaktu bulan Ramadan.

Imej

Kali terakhir baru-baru ini sewaktu bapa mentua dimasukkan ke wad untuk pembedahan sel tumor dekat bahagian pankreas dan hempedu.

Wad menginsafkan diri bahawa manusia yang sebelum ini tangkas, cergas, sihat dan kuat, pada masa tertentu akan lemah, tidak bermaya dan sakit. Benarlah kata Nabi Muhammad SAW agar sentiasa beringat sewaktu sihat sebelum jatuh sakit, agar beringat sewaktu kuat sebelum tubuh menjadi lemah.

Wad menginsafkan diri betapa kasih bapa penyayang itu cukup hebat apabila saya dapati seorang bapa sanggup bermalam selama lapan hari untuk menyantuni anak sendiri.

ImejWad menginsafkan diri apabila saya dapati seorang anak sanggup berkorban untuk bermalam selama empat hari untuk menyantuni ibu yang dikasihi.

Wad juga menginsafkan diri apabila seorang akak yang bermalam di wad lelaki selama lebih 21 hari demi adiknya sendiri.

Tentunya wad menzahirkan saling kasih sayang antara isteri dan suami, juga ibu dan anak.

Dapat saya rasakan bahawa kaum wanita ada kelebihan tertentu sewaktu kaum lelaki ini sakit. Wanita kelihatan begitu kuat dan hebat di sisi lelaki yang sakit , lebih-lebih lagi di sisi lelaki yang sebelumnya seorang yang tangkas lagi perkasa. Lazimnya, wanita dibenarkan untuk menjaga lelaki yang sakit di wad. Sebaliknya lelaki tidak dibenarkan untuk menjaga wanita yang sakit di wad.

Untuk malam terakhir saya di wad, siapa sangka salah seorang pesakit dalam wad menemui kematian di katil yang tidak jauh dari tempat saya tidur. Izrail tidak tersalah katil dan wad untuk memilihnya terlebih dahulu, dan lebih menginsafkan apabila dia dipercayai mati sebagai seorang bukan Islam.

Wad juga mengingatkan saya akan betapa mulianya tugas doktor dan jururawat yang amanah lagi berpekerti. Berkhidmat kepada manusia yang sakit menuntut seribu satu kesabaran. Membantu menyihatkan yang sakit adalah suatu kepuasan. Membantu menyihatkan mukmin dan mujahid yang sakit adalah suatu jariah yang berterusan. Justeru alangkah indahnya jika sang hartawan itu mewakafkan sebahagian harta dan hartanahnya untuk urusan seumpama ini, atau setidak-tidaknya sang bapa memiliki anak yang bergelar doktor dan mampu merawat jasmani dan rohani.

Akhir kalam, wad sepatutnya meningkatkan rasa penghargaan diri terhadap kesihatan diri. Wad juga sepatutnya meningkatkan rasa penghargaan diri terhadap orang-orang yang kita sayangi. Wad juga sepatutnya meningkatkan penghargaan diri terhadap nyawa juga terhadap iman yang Tuhan anugerahkan, agar ditatang dengan sebaik mungkin sampai mati.

Tarbiyah kendiri (tarbiyyah zatiah) untuk tinggal di wad kali ini dilengkapkan dengan khatam membaca buku Semakin Tua Semakin Mulia.

Imej

Advertisements

4 thoughts on “REFLEKSI BERMALAM DI WAD

    • wad memang benar2 menginsafkan diri…. dari situ banyak mengajar erti kehidupan… harapan… kasih sayang… penghargaan… keinsafan… kekuatan… masih segar diingatan apabila menyaksikan kematian pelbagai bangsa di hadapan mata saya termasuk suami tercinta benar2 memberikan kesan yang mendalam dalam diri ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s