Undangan ke majlis Bicara Buku Hadiah Nobel

SALAM hormat. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Profesor Madya/Dr/Tuan/Puan diundang untuk menghadiri majlis Bicara Buku Hadiah Nobel & Kreativiti Sains bertempat di Dewan Seminar 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM  pada Rabu, 22 Oktober 2008 (2.15-4.15 petang). Panel pembicara: Dr. Sugeng Triwahyono (Institut Ibnu Sina – Institut Pengajian Sains Fundamental UTM) dan Saudara Kasim Tukiman (Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber […]

Buku tentang Hadiah Nobel pertama di Malaysia

TOLONG betulkan kalau kenyataan di atas silap. Alhamdulillah semalam, buku Hadiah Nobel dan Kreativiti Sains terbitan UTM Press sampai ke rumah. Saya terlibat dalam pembikinan buku tersebut beserta 3 teman pensyarah Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM yang diketuai oleh Mohd. Azhar Abd. Hamid. Buku ini menyorot sejarah, latar belakang dan sumbangan Hadiah Nobel […]

Warga Bangla menang Hadiah Nobel

DALAM keghairahan negara2 yang lebih ‘maju’ seperti Malaysia dan Singapura mengejar Hadiah Nobel, Bangladesh melangkah setapak apabila warganya ditabal sebagai penerima Hadiah Nobel Ekonomi. Malaysia sebagai contoh sudahpun serius untuk Hadiah Nobel dengan Nobel Laurate Programme (NLP) termasuklah peruntukan geran penyelidikan fundamental (termasuk bidang ekonomi dan bisnes) di samping penubuhan Institut Ibnu Sina di UTM […]

Yang seronok sewaktu 21 Jun

APABILA bapa diraikan untuk ‘hari bapa’ lantaran zuriatnya sejuk dalam pandangan Tuhan, malaikat dan orang beriman atau dengan kata lain KPI-nya dicapai. KOMA Apabila cerpen ‘Sefemto kandela cahaya‘ disiarkan dalam Mingguan Malaysia 21 Jun 2009. Cerpen yang banyak kali dibaiki, dikomen, penuh dengan cabaran termasuk disaman RM 300 kerana memandu lebih had laju di sekitar […]

Kreativiti tidak serius untuk dipupuk?

DEMIKIAN antara persoalan yang muncul selepas menghadiri majlis bicara buku Hadiah Nobel dan Kreativiti Sains. Soalan tersebut merujuk kepada sistem pendidikan tanahair yang lebih berorientasikan peperiksaan (tanpa menafikan kepentingan peperiksaan).  Pelajar ‘lemah’ yang kreatif kurang diberi peluang untuk mewakili sekolah dalam projek seperti reka cipta dan inovasi, sebaliknya pelajar ‘cemerlang’ lebih diberi peluang. Di peringkat […]

Makan tengah hari bersama Zawan Baba

ZAWAN Baba adalah nama samaran bagi Nazwan, jurutera marin dan penulis yang berasal dari Jitra. Beliau produk UTM dan pada minggu lepas kembali ke UTM, menziarahi kampus dan juga saya. Lebih kurang dua jam di UTM dan Taman U, kami berbual panjang mengenai dunia penulis dan penulisan. Salah satu mauduk menarik termasuklah Kerajaan Islam Siam. […]

Penulis bersama

Khair bin Hj. Salam. Khair bin Hj. Salam merupakan pendakwah bebas dan pesara Penolong Pegawai Pembangunan Sosial (Agama) Felda. Aktif mengendalikan bengkel praperkahwinan Islam serta haji dan umrah. Beliau yang pernah menerima anugerah Tokoh Abim Johor ini pernah menulis untuk Utusan Melayu, Berita Minggu, Warta (Jabatan Agama Johor), Peneroka (Felda), Saujana dan lain-lain. Buku-buku kecil […]

Inovasi bukan lagi kalimat bombastik

Artikel berikut merupakan hasil penulisan bersama Zaherah Ismail dan Zulkifli Khair yang telah tersiar di Estidotmy, majalah sisipan Utusan Malaysia bulan lepas. INOVASI kini bukan lagi kalimat bombastik. Pertandingan inovasi di peringkat sekolah dan pemilihan nama Kementerian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) antara lain telah memasyarakatkan kalimat tersebut seiring dengan usaha pihak kerajaan membudayakan […]