Beli buku?

Sebahagian daripada buku2 kerdil ini boleh diprebiu (dibaca untuk beberapa bab) di sini. Buat masa ini, sebarang tempahan buku, bolehlah e-mel kepada saya menerusi zuhaka@gmail.com. Terima kasih di atas sokongan anda.

Buku motivasi remaja agama Online dengan Tuhan terbitan PTS Islamika.

online-dengan-tuhan1

Dalam proses cetakan kedua selepas kurang lebih tiga bulan di pasaran. Alhamdulillah.

Buku Ilmiah Hadiah Nobel dan Kreativiti Sains terbitan Penerbit UTM.

buku-hadiah-nobel1

Novel dewasa Meniti Batas terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

  • Buku ini disempurnakan pelancarannya oleh SN Datuk A Samad Said pada 7 Jun 2008 di DBP.
  • Diulas oleh Hassan Alias dalam Dewan Sastera November 2008.

501 Soal Jawab Haji dan Umrah

501-soal-jawab-haji.jpeg

Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji & Umrah

ok-ko-dlm-ibadah-haji-umrah.jpg Harga: RM 15.00. Lihat testimonial.

Cerita-cerita Motivasi untuk Ibadah Haji dan Umrah

cc-haji-umrah.jpg

Harga: RM 14.50.

Novel kanak-kanak, Hore, kita menang!

Novel karya Zulkifli Khair dan Dr. Ida Idayu Muhamad ini amat sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar Tahap 2 sekolah kebangsaan dan pelajar-pelajar menengah rendah.

horekitamenang.jpgNovel yang mengimbau senario dunia kanak-kanak 80-an (dengan latar kampung Serkam, Melaka) meletakkan unsur pengalaman anak-anak kampung dan pengembaraan sebagai teras utama. Fuad, Napi, Along, Zali, Munir, Jeri, Idah dan Shipah enggan kilang tembakau didirikan di kampung mereka demi pemeliharaan alam sekitar kampung yang mereka cintai. Pertemuan terowong misteri bawah tanah memberikan beberapa petunjuk penting buat mereka sehingga membawa kepada kegagalan projek kilang tersebut.

Harga: RM 13.00 (Sem. M’sia). Harga: RM 16.00 (Sabah & Sarawak)

Perbahasan mengenai kulit muka depan Hore, Kita Menang boleh dilihat di diskusi ilmiah UNIKA PTS.

Jemput baca beberapa bab novel di sini.

Akan terbit pada 2008 (insya-Allah):

panduan-lengkap-doa-haji.jpgDoa-doa Haji dan Umrah (PTS Millennia), Horizon R&D: Kreativiti Pencetus Inovasi (Penerbit UiTM) dan novel kanak-kanak Malaikat Kecil (PTS).


Lihat biodata mereka yang pernah menulis bersama saya.

TULISAN yang dibukukan sebelum ini termasuklah:

Islam di Pulau Pinang (1994) terbitan Majlis Agama Islam Pulau Pinang, tulisan bersama Badrolhisham Ibrahim (memuatkan esei sejarah awal Islam di Pulau Pinang dan Masjid Batu Uban; pernah mendapat citation untuk Journal of Southeast Sosial Studies (2002) terbitan Cambridge University Press).

Kasut Hitler (1996) terbitan UP&D (memuatkan cerpen Kitul Mandeliar mengenai virus komputer yang bernama Kitul Mandeliar; memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1995).

– Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (2000) terbitan DBP (memuatkan entri Sekolah Tuan Fatimah).

Graffiti Imaji (2003) terbitan Yayasan Multimedia Sastra, Jakarta, Indonesia (memuatkan cerpen pendek berjudul ‘Mematai Lelaki SB’ yang memenangi Lomba Cerpen Pendek Yayasan Multimedia Sastra).

23 thoughts on “Beli buku?

  1. Pingback: Hendak beli novel? Sila ke halaman ‘books’ « Idea menulis

  2. tertanya-tanya bila keputusan sayembara menulis novel kanak-kanak dan remaja dewan bahasa dan pustaka 2007 akan diumumkan

  3. askum
    zul
    tahniah kerana berjaya menulis buku denga ceemerlang
    teruskan usaha.
    semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya untuk
    kita cemerlang di dunia dan akirat.
    dr abd razak kik 85-86

  4. Terima kasih Ust Abd. Razak dan Ust Azman. Menulis buku yang secara langsung membabitkan agama memberikan kesan batin yang berbeda. Selain itu, inilah sebahagian daripada khidmat bakti kepada ayahanda dan tentunya kepada agama.

  5. Salam Zul,
    Saya nak order “Hore Kita Menang”. Tolong sms bank & akaun no. nanti saya bank in.Jzkk. 🙂
    Wassalam.
    shamsul/sg buloh.
    (dah lama berkawan)

  6. Assalamu alaikum,

    My name is Malek Yamani. I am a psychologist and I am looking for books of Malik Badri in English. Where may I find them?

    Jazakumu-llahu khaira

    Malek

  7. Bro Malek.
    You may go to the book shop like at International Islamic University Malaysia, Gombak, ISTAC KL or International Institute of Islamic Thought, US, or buying thru online such as at Astrolabe.com, Halalco.com, or Amazon.com.

    Bro Mokhzani
    Terima kasih. Semuanya anugerah Tuhan di samping sokongan keluarga dan kawan-kawan.

  8. Pingback: PBAKL 2009 « Idea menulis

  9. assalammualaikum..
    cikgu Zul,
    saya sdh lma mncr buku Hooray! Kita Menang
    tp tak jumpa
    boleh tak saya nk order online dgn cikgu?
    terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s