Membeli tiket ke pasca teater Natrah

TEATER Natrah Musim Ke-2 sedang berlangsung dan akan berakhir pada 5 November ini. Saya cuba lihat dari perspektif berbeza.

Agenda pasca teater Natrah harus sama serius dengan mahu anjurkan teater Natrah. Program cemar dan cubit akidah mesti dibanteras. Betapa ramai yang mahu murtad dan mahu dimurtadkan, sama ada dalam kalangan Muslim dan yang baru Muslim.Pengalaman bersama anak2 muda yang kembali kepada fitrah memberikan pelajaran dan refleksi kepada saya bahawa jiwa mereka… Baca seterusnya di sini; http://blog.hikmah4u.com/?p=2012

Advertisements

ESQ dan rasa bangga terhadap Islam

ANTARA krisis yang dialami oleh umat kini adalah krisis kerohanian, krisis emosi serta krisis rasa bangga atau ‘izzah terhadap Islam. Inilah antara perkara yang saya lihat bahawa ESQ mahu pecahkan tembok krisis tersebut dalam diri setiap peserta. Pada 23 dan 24 Nomber lalu, saya berpeluang mengikut ESQ tahap pertama di Kg Melayu Majidi di bawah kendalian Dudi Supriadi dari Bandung, dibantu oleh Zul dari Kelantan dan para ATS yang lain.

Baca entri lengkap di http://blog.hikmah4u.com/?p=2005.

Bicara buat seniman dan orang kreatif

RAMAI seniman yang tertipu kepada persepsinya sendiri. Persepsi terhadap kreativiti dan karya agung yang mahu dihasilkannya. Kreativiti cuba dilihat sebagai suatu yang lain daripada yang lain atau tidak klise, lalu seniman berkenaan pun cuba menjelajah ke alam yang lain, di luar batasan, di luar sempadan agar karyanya dianggap agung dan hebat!

Salahkah untuk tidak klise? Berdosakah untuk lain daripada yang lain? Teruk sangatkah Islam atau kolotkah Islam sehingga mahu membataskan soal klise dan soal lain daripada yang lain ini?

Saya pernah mengikuti suatu bicara daripada seorang seniman yang memprotes kepada keadaan zaman persekolahan yang dikatakan sering memberikan halangan (beliau dulunya bersekolah di sebuah sekolah agama): Ini tak boleh, itu tak boleh, ini haram, itu haram. Saya perhatikan dia bagaikan puas lantaran dapat bebas hasilkan karya semaunya – melampaui sedikit batasan dan sempadan adalah tidak mengapa di atas nama kreativiti   dan demi sesuap nasi.

Untuk bacaan lanjut, sila ke http://blog.hikmah4u.com/?p=1994. Terima kasih.

Gambar hiasan: Teater al-Bukhari di Persada Johor, JB pada suatu ketika dulu.

Selamat mendaftar di Universiti Haji

SEMALAM (231010), saya santuni ipar dan isteri di Petaling Jaya yang hendak pergi mengerjakan haji pada 271010. Perbualan singkat mengenai haji tentunya mengimbau sekali gus menyemarakkan rasa rindu kepadanya.

Beberapa bulan lalu, dua jam bersama penulis buku terlaris, Travelog Haji melengkapkan perspektif saya bahawa ibadah haji merupakan suatu bentuk universiti yang mesti dihargai dalam konteks mentransformasi rohani dan peribadi. Sekurang-kurangnya dua kali mata penulis bergenang air mata sewaktu menemubual Prof Mohd Kamil, penulis Travelog Haji di kampus UiTM Johor Bahru suatu masa dulu. Pengalaman transformasi beliau menzahirkan kasih sayang dan sifat Maha Pemurah Allah.

Pernah saya terfikir, katakan setiap tahun ada seramai kira-kira 20 ribu graduan universiti haji. Kalau 10 tahun, maknanya Malaysia memiliki 200 ribu graduan universiti haji.

Baca selanjutnya di http://blog.hikmah4u.com/?p=1988

Harimau, monyet dan manusia

ABANG Abdul Hamid atau sering saya panggil sebagai Abang Hamid atau Bang Kamit punya cara tersendiri untuk menghalau monyet. Sebelum ini, sekumpulan monyet sering mengganggu beliau terutama di bangsal perusahaan menghasilkan makanan ringan di belakang rumah (khabarnya pasaran produk beliau sudah sampai ke utara semenanjung dan Singapura). Das demi das tembakan bagai tidak memberikan kesan.Monyet memang tetap monyet….

Tindakan menconteng muka monyet juga sudah dilakukan. Bagaimanapun cara tersebut [baca seterusnya di blog terbaru di http://blog.hikmah4u.com/?p=1974].

Blog ideamenulis berpindah ke blog hikmah4u

SUKACITA dimaklumkan bahawa blog ideamenulis berpindah ke blog hikmah4u DI SINI. Di domain ini juga terdapat kedai maya yang menjual buku2 saya serta buku2 dan barangan lain. Segala perhatian dan sokongan didahului dengan ucapan berbanyak2 terima kasih. Jumpa anda di sana.

Salam hormat dan terima kasih, wassalam.

ZULKIFLI KHAIR (www.hikmah4u.com)

29 Mei, Konstantinopal mutlak milik umat

29 MEI merupakan tarikh kejatuhan Konstantinopal sebagaimana yang dikhabarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. (Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya). Serangan ke atas ibu kota Rom Timur (Byzantine) itu berlaku selama 54 hari, iaitu dari 6 April hingga 29 Mei 1453. Hal ini antara lain dicatatkan dalam The Ottoman Empire: The Classical Age 1300-1600 oleh Halil Inalcik (1973).

Kota ini dibuka pada tahun 330 dan pernah ditawan sekali oleh muslimin pada tahun 1204 sewaktu Perang Salib Ke-4.

Pemimpin tersebut ialah Mehmed II. Beliau juga lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih. Al-Fatih bermaksud pembuka, yakni pembuka kota Konstantinopal yang dianggap sebagai kota terkuat di dunia pada masa itu. Tentera di bawah pimpinan al-Fatih adalah kira2 250,000 orang bersama senjata tercanggih sezaman iaitu meriam besar yang dihasilkan menerusi aktivisme R&D yang didokong secara langsung oleh pihak al-Fatih.

Serangan ke atas kota Ortodoks, Konstantinopel dari satu segi adalah suatu jihad yang terangkum dalamnya:

  • Tadbir urus (governance) yang cekap.
  • Kepemimpinan yang adil.
  • Strategi militari yang ampuh.
  • Nilai inovasi dan R&D yang tinggi.

Malangnya, catatan sejarah begini bagaikan mahu dibenamkan di lumpur dayus umat. Generasi baru umat dibiarkan untuk lebih kenal hero dan superhero media termasuk Hell Boy, Batman, Superman dll dan dibiarkan untuk jadi pengecut dengan sejumlah cerita hantu dan puaka!

Nota: Buku tersebut telah dihadiahkan oleh Zeynep, berasal dari Istanbul dan merupakan salah seorang pelajar kelas ‘Islamic Psychology’ saya.