Penulis bersama

Khair bin Hj. Salam. Khair bin Hj. Salam merupakan pendakwah bebas dan pesara Penolong Pegawai Pembangunan Sosial (Agama) Felda. Aktif mengendalikan bengkel praperkahwinan Islam serta haji dan umrah. Beliau yang pernah menerima anugerah Tokoh Abim Johor ini pernah menulis untuk Utusan Melayu, Berita Minggu, Warta (Jabatan Agama Johor), Peneroka (Felda), Saujana dan lain-lain. Buku-buku kecil Doa Dari Al-Quran dan Ziarah Orang Sakit pernah beliau terbitkan sendiri. Buku Yang OK dan KO dalam Ibadah Haji, Cerita-cerita Motivasi Untuk haji & Umrah, dan 501 Soal Jawab tentang Haji & Umrah ditukangi bersama anakandanya, pemilik blog ini.

Ab. Ghani Jalil. Ab. Ghani Jalil merupakan bekas Profesor Madya di UTM Skudai. Kini beliau adalah pendakwah bebas, perunding dan motivator dalam bidang bahasa Arab, pendidikan anak-anak, pemikiran lateral dan lain-lain. Beliau menulis lebih seratus kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar/bengkel dalam dan luar negara. Buku-buku beliau termasuklah Panduan Membaca al-Quran Rasm Uthmani dan Kepimpinan dalam Rumahtangga. Beliau dan pemilik blog ini bersama-sama menghasilkan 501 Soal Jawab tentang Haji & Umrah.

Ida Idayu Muhamad, Dr. Ida Idayu Muhamad merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Bioproses, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli UTM. Bidang kepakaran beliau adalah teknologi partikel, pembungkusan aktif, biopolimer, bioteknologi makanan dan makanan ternakan serta kejuruteraan proses dan pernah memenangi anugerah penyelidikan dan pembangunan di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau pernah rakamkan pengalaman peribadi dalam Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung. Beliau bersama-sama pemilik blog menukangi novel kanak-kanak, Hore, kita menang!.

Mohd. Azhar Abd. Hamid merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM. Kini sedang menyiapkan PhD dalam bidang pembelajaran transformasi. Beliau merupakan penulis prolifik karya ilmiah dalam bidang kreativiti dan inovasi. Buku-buku beliau pernah mendapat anugerah buku asli terbaik dan buku terlaris Penerbit UTM. Beliau bersama saya dalam menukangi buku-buku yang insya-Allah akan terbit pada tahun ini; Hadiah Nobel dan Kreativiti Santifik (UTM) dan Horizon R&D: Kreativiti Pencetus Inovasi (UiTM).

Zaherah Ismail Zaherah Ismail merupakan penyunting, penterjemah dan penulis bebas. Beliau yang berpengalaman berkhidmat di sektor swasta dalam industri kimia dan graduan dari Kanada ini pernah bersama saya menulis artikel sains dan teknologi dalam Estidotmy, majalah sisipan Utusan Malaysia dari 2005 hingga 2007. Beliau bertanggungjawab menghidupkan kembali Sekolah Malaysia Manchester khusus buat anak-anak Malaysia di Manchester, UK sekali gus menjawat jawatan Guru Besar (2000-2003).

Sasterawan Kholid Hamzah, saya dan anakanda Zaid sedang berehat sebentar di surau PWTC sewaktu PBAKL April 2008.

Sdra Muhammed Fauzi dan Sdra Mohd Koharuddin sewaktu majlis Bicara Buku Hadiah Nobel & Kreativiti Sains, PSZ UTM, Oktober 2008.

dsc05258

Dari kanan: Ayahanda Ustaz Khair Abd Salam, Tn Hj Zulkafly (Editor Milenia Muslim) dan saya.

Advertisements

7 thoughts on “Penulis bersama

  1. Pingback: Iktibar di Tanah Suci « Idea menulis

  2. salam. boleh tau bgaimana untuk menulis? kadang2 idea untuk mengarang novel or cerpen datang, tapi terputus tgah jalan..trima kasih

    • Salam. Untuk menulis…. pentingnya kita tahu apa yang kita nak tulis.
      Ertinya kita ada bahan cerita.Kemudian susun cerita kita…., tetapkan watak
      gunakan gaya bahasa menarik tentukan dimana klimeks cerita dan but pelaraian ceritanya…. itu yang saya faham sedikit tentang penulisan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s