Menulis ulasan buku

  1. Serlahkan segala yang unik-unik. Unik lebih utama daripada penting. Lebih baik satu perenggan satu poin. Untuk dapatkan poin unik, buatlah sedikit nota (boleh aplikasi peta minda).

2. Lagi baik buat petikan. Sebagai contoh: On page 204, Idris summarizes them by saying, “It is obvious that the cosmological doctrines and the theory of human souls are the foundations of Ibn Sina’s political philosophy, whereas the prophet and his laws become fundamental elements in his theory”.

3. Intro mesti ’mengancam’. Lihat contoh berikut:

– Saya tak pernah pergi ke Taiping, tapi novelis X telah membuatkan saya seolah-olah berada di sana, di pinggir tasik yang damai lagi mendamaikan pada musim durian tahun 80-an.

– Bagi saya buku ini beharga lebih daripada RM 100 ribu lantaran telah membolehkan saya menyelamatkan kereta saya daripada meletup dan terbakar. Segala tip dan panduan yang termaktub dalamnya amat saya hagainya dan akan dikenang sampai bila-bila.

4. Ulasan buku bukan sekadar jawab persoalan apakah isi unik dan utama, tapi harus jawab persoalan apakah perasaan terhadap buku dan mengapa rasa begitu.

5. Buatlah sedikit kajian mengenai penulis dan apa yang ditulis. Elok buat cross reference.

Sebagai contoh:

Penulis sering meletakkan saintis sebagai hero dalam karya-karyanya.

Buku ini buku merupakan buku kelima yang dihasilkan oleh penulis dalam bidang kejuruteraan bunyi setempoh dua dekad dan boleh dianggap karya terbaik beliau dalam bidang berkenaan.

Tanggapan pertama saya terhadap penulis ialah lelaki yang berbadan sasa lagi kacak di samping sering giat dengan aktiviti aerobik. Namun, setelah weblognya saya lawati, ternyata penulis terlantar sakit di rumah. Tubuhnya kurus kering. Wajahnya cengkung dan lesu. Sangkaan beliau sebagai lelaki ‘macho’ tenyata meleset!

6. Anggap pembaca sebagai kawan sehingga dia timbul minat membaca dan membeli buku yang diulas!

7. Penutup juga mesti ’mengancam’. Ada kesan aura di hati pembaca. Baca dengan kuat bila sunting sendiri.

20 thoughts on “Menulis ulasan buku

  1. Salam,

    Bagaimanana pula dengan ulasan buku bergambar untuk kanak-kanak? Buku tersebut biasanya teks adakalanya 2 baris satu halaman. Dari aspek apa yang boleh saya menarik perhatian ibu bapa untuk membeli buku bergambar kanak-kanak. Terima kasih.

  2. Pingback: Curahan Cinta Niagara (CCN) - Maya Iris « Berjalan

    • Assalamualaikum, sy nak tnya bgmana nak buat ulasan,sy btul2 x tahu caraa
      sy kena wat ulasan tentang tajuk ilmu pendidikan.tp tak tau cara bgmana
      nk buat ulasan tersebut.boleh bagi tunjuk ajar tak.

      terima kasih

      • Tip2 di atas juga tip2 berguna dari mana2 sumber boleh digunakan. Mengulas persis membuat ringkasan dan rumusan, namun amat menitikberatkan keunikan dan kelebihan (juga kritikan jika perlu). Bagi saya secara peribadi, dalam konteks negara yang masih perlu usaha menyuburkan budaya membaca, ulasan buku biarlah mampu menarik perhatian orang lain untuk membaca dan memilikinya. Ulasan buku hakikatnya mempunyai tempat yang tinggi lagi mulia dalam proses pembudayaan ilmu. Selamat mengulas!

  3. assalamualaikum….tumpang tanya, kalau nak buat ulasan buku secara ilmiah dan berbentuk formal, perlu juga x diselitkan gaya menggambarkan perasaan pada pendahuluan dan penutup ulasan seperti contoh ulasan yang diberi…

  4. salam..
    saya baru prtma kali bt ulasan buku..sy suka2 shj msuk prtandingan ni..jd sy tak ada pngetahuan mngnai ulasan buku..
    blh x klau sy bt kritikn tntng note dlmnya kurang tp bri sdikit sbnyk bri pnghtuan bhru..jd prlukah sy bg cdangan?

    • Ana, tahniah kerana minat menulis. Ulasan buku penting ditulis demi semarakkan budaya ilmu di samping bangunkan industri buku di Malaysia. Ya, kritikan dibenarkan, kritikan membina. Selain itu, boleh juga dibuat persamaan dengan tulisan2 yang lain atau dibuat perbezaan berbanding tulisan2 yang lain. Kritikan bagaimanapun tidak dominan berbanding sifat klasik ulasan buku iaitu ‘supaya orang beli dan baca buku ini’, melainkan buku atau tulisan tersebut benar2 sesat lagi menyesatkan.

  5. saya ingin membuat ulasan tentang buku yg bertajuk membentuk sikap cemerlang yg ditulis oleh mohd sofian fauzee , jadi saya tidak tahu bagaimana ingin memulakan ulasan tersebut… boleh saya minta pendapat anda?

  6. Pingback: Menulis ulasan buku : Tentang buku

  7. bagaimana hendak membuat ulasan berdasarkan gambar dari sesuatu article??
    contohnya article tu tentang kejayaan seseorang pelajar. apakah yg dpat kita huraikan berdasarkan gmbar tersebut??

    boleh tolong beritahu tak ap yg kita perlu ulaskannya..

  8. A fascinating discussion is definitely worth comment.
    I do think that you should write more on this topic, it might not be a taboo subject
    but usually people don’t speak about these subjects.

    To the next! Kind regards!!

  9. All said and done, the HTC Radar is a multimedia smartphone handset comes with SRS Suround Sound, Windows Live and the facility
    to share videos, audios and what not on You – Tube, Facebook, Twitter,
    and other social networking web sites. If Technology really means
    to you and want to enjoy the real tech experience then
    go with the Dell mobile phones. Birds and Bards Festival Thursday, April 28
    ‘” Sunday, May 1 Times and Locations Vary All Ages Free.

  10. Hey would you mind letting me know which webhost you’re utilizing?
    I’ve loaded your blog in 3 completely different internet browsers and I must
    say this blog loads a lot quicker then most. Can you recommend a
    good web hosting provider at a honest price? Thanks a lot, I
    appreciate it!

Tinggalkan komen