Bersama dengan orang hebat belum tentu kita hebat

SAYA kekadang terfikir betul atau tidak bergambar dengan orang hebat sebagai salah satu kaedah pemasaran? Namun yang pasti, bila bergambar dengan orang hebat, saya bukanlah sehebatnya. Sungguhpun begitu, biarkanlah saya bersama dan bergambar dengan orang baik-baik. Ia persis berkawan dengan penjual minyak wangi, tak dapat minyak wangi percuma, tentu dapat akan bau wanginya.

REFLEKSI BERMALAM DI WAD

ALHAMDULILLAH setakat ini saya bermalam di wad hanya sebagai peneman pesakit dan bukan sebagai pesakit. Kali pertama adalah sewaktu isteri melahirkan anak kami yang kedua.

Seterusnya, bermalam di wad sewaktu ayah saya dimasukkan ke wad di atas sebab pembedahan sakit angin pasang, dan sebelum itu untuk santuni ibu sewaktu pembedahan di bahagian tulang belakang sewaktu bulan Ramadan.

Imej

Kali terakhir baru-baru ini sewaktu bapa mentua dimasukkan ke wad untuk pembedahan sel tumor dekat bahagian pankreas dan hempedu.

Wad menginsafkan diri bahawa manusia yang sebelum ini tangkas, cergas, sihat dan kuat, pada masa tertentu akan lemah, tidak bermaya dan sakit. Benarlah kata Nabi Muhammad SAW agar sentiasa beringat sewaktu sihat sebelum jatuh sakit, agar beringat sewaktu kuat sebelum tubuh menjadi lemah.

Wad menginsafkan diri betapa kasih bapa penyayang itu cukup hebat apabila saya dapati seorang bapa sanggup bermalam selama lapan hari untuk menyantuni anak sendiri.

ImejWad menginsafkan diri apabila saya dapati seorang anak sanggup berkorban untuk bermalam selama empat hari untuk menyantuni ibu yang dikasihi.

Wad juga menginsafkan diri apabila seorang akak yang bermalam di wad lelaki selama lebih 21 hari demi adiknya sendiri.

Tentunya wad menzahirkan saling kasih sayang antara isteri dan suami, juga ibu dan anak.

Dapat saya rasakan bahawa kaum wanita ada kelebihan tertentu sewaktu kaum lelaki ini sakit. Wanita kelihatan begitu kuat dan hebat di sisi lelaki yang sakit , lebih-lebih lagi di sisi lelaki yang sebelumnya seorang yang tangkas lagi perkasa. Lazimnya, wanita dibenarkan untuk menjaga lelaki yang sakit di wad. Sebaliknya lelaki tidak dibenarkan untuk menjaga wanita yang sakit di wad.

Untuk malam terakhir saya di wad, siapa sangka salah seorang pesakit dalam wad menemui kematian di katil yang tidak jauh dari tempat saya tidur. Izrail tidak tersalah katil dan wad untuk memilihnya terlebih dahulu, dan lebih menginsafkan apabila dia dipercayai mati sebagai seorang bukan Islam.

Wad juga mengingatkan saya akan betapa mulianya tugas doktor dan jururawat yang amanah lagi berpekerti. Berkhidmat kepada manusia yang sakit menuntut seribu satu kesabaran. Membantu menyihatkan yang sakit adalah suatu kepuasan. Membantu menyihatkan mukmin dan mujahid yang sakit adalah suatu jariah yang berterusan. Justeru alangkah indahnya jika sang hartawan itu mewakafkan sebahagian harta dan hartanahnya untuk urusan seumpama ini, atau setidak-tidaknya sang bapa memiliki anak yang bergelar doktor dan mampu merawat jasmani dan rohani.

Akhir kalam, wad sepatutnya meningkatkan rasa penghargaan diri terhadap kesihatan diri. Wad juga sepatutnya meningkatkan rasa penghargaan diri terhadap orang-orang yang kita sayangi. Wad juga sepatutnya meningkatkan penghargaan diri terhadap nyawa juga terhadap iman yang Tuhan anugerahkan, agar ditatang dengan sebaik mungkin sampai mati.

Tarbiyah kendiri (tarbiyyah zatiah) untuk tinggal di wad kali ini dilengkapkan dengan khatam membaca buku Semakin Tua Semakin Mulia.

Imej

Refleksi musim haji 1434H: Beberapa keajaiban berkaitan ibadah haji

BANGUNAN AGUNG BERNAMAKaaba-islam-172966_500_375 KAABAH

Kaabah merupakan bangunan kecil yang menjadi titik fokus arah kiblat umat Islam seluruh dunia, sewaktu mendirikan solat. Orang Islam sejauh di Wellington perlu menghadap ke arah Kaabah sewaktu mendirikan solat. Orang Islam sejauh di Oslo juga perlu menghadap ke arah Kaabah sewaktu mendirikan solat. Malah, angkasawan Muslim di angkasa juga menghadap ke arah Kaabah sewaktu mendirikan solat.

Dalam banyak-banyak bangunan di dunia, bangunan Kaabah paling banyak dikunjungi. Ianya percuma. Ia dikunjungi dengan tujuan ibadat, bukan dengan tujuan maksiat. Malah sebarang bentuk perlakuan jahat dan buruk digandakan dosanya sebanyak tujuh kali ganda berbanding di luar Kaabah, atau lebih tepat, di luar kota Mekah.

Selain itu, Kaabah atau Baitul ‘Atiq tidak putus-putus ditawaf kecuali sewaktu solat fardu. Biarpun sewaktu tengah malam mahupun sewaktu jam satu atau dua pagi. Tiada bangunan lain yang dikunjungi sampai keadaan begini. Ini disebabkan, ibadah tawaf di Kaabah dilakukan dengan niat kerana Allah.

Seperkara lagi, Kaabah bukanlah objek sembahan. Solat dan tawaf sekadar berpusat di Kaabah, namun di hati adalah untuk Allah. Jika Kaabah itu objek sembahan, sudah tentu Kaabah tidak boleh dinaiki dan dipijak. Ini berlaku sewaktu proses penyelenggaraan Kaabah dan sewaktu zaman Nabi Muhammad, Bilal bin Rabah pernah naik ke Kaabah untuk melaungkan azan.

HANYA DENGAN SATU ARAHAN, LEBIH DUA JUTA ORANG SENYAP DAN BERADA DALAM BARISAN

Jika anda seorang ketua, bukan mudah untuk membuat arahan kepada 100 orang supaya senyap dan berada dalam barisan. Apa lagi kalau 1000 orang dan 100,000 orang. Apa lagi kalau lebih sejuta orang. Tapi ini berlaku sewaktu orang Islam mendirikan solat, dan ini dapat dilihat dengan ketara di Masjidil Haram.

Sewaktu azan dikumandangkan, semua orang sudahpun mula bersedia untuk mendirikan solat. Yang berada dalam hadas kecil, mereka akan segera untuk mengambil wuduk. Bagi yang sudah berwuduk, mereka mendirikan solat sunat. Kemudian, bila iqamah dikumandangkan, semua orang bertambah bersedia.

Seusai imam melaungkan takbir, “Allahu akbar!”. Ia dituruti oleh sidang jamaah. Selang beberapa saat, suasana menjadi senyap sunyi dan berlaku apabila semua orang berada dalam barisan. Tiada seorang pun yang bercakap-cakap melainkan bacaan dalam solat. Yang bercakap mungkin kanak-kanak kecil yang belum mengerti akan erti tanggungjawab.

Semua orang bergerak dalam solat berdasarkan arahan takbir daripada imam. Bila imam bertakbir untuk rukuk, orang lain pun ikut bertakbir untuk rukuk. Bila imam bertakbir untuk sujud, orang lain pun ikut bertakbir untuk sujud. Di Masjidil Haram, dua hingga tiga juta orang mengikut arahan imam yang sekadar melaungkan takbir.

Hakikatnya mereka bukan mendirikan solat, mahu rukuk dan sujud demi imam sedangkan, rata-rata tidak dapat melihat imam, tidak pernah bertemu imam dan ada yang langsung tidak mengenali siapa imam. Pendek kata mereka bukan lakukan untuk imam, tetapi lakukan itu semua untuk suatu yang jauh lebih besar berbanding imam iaitu Allah Rabbul-Jalil.

Kredit gambar Kaabah: http://www.fanpop.com/clubs/islam/images/172966/title/kaaba-photo

Mampu tersenyum bila rumah limas rebah lemas ke bumi?

RUMAH2 limas ini merupakan kebanggaan. Sudah beberapa kali ke sini bersama anak2 sambil menerangkan serba sedikit kepada mereka tentang leunikan dan kelebihan seni bina rumah tradisional Melayu. Malah saya anggap ia sebagai mercu tanda Johor Bahru. Para tetamu lazimnya saya bawa ke sini sambil bergambar sebagai kenang-kenangan – saya kurang pasti apakah ia bukan kebanggaan para pemimpin jati Johor?

Ini pula antara keindahan cucur atap atau papan cantik berukir atau lebah bergantung atau lambrequin (dalam bahasa Portugis/Brazil).

Namun kini, semua rumah limas (Muar, Segamat, Mersing dll) rebah lemas ke bumi bersama pembangunan canggih Danga.

Berbicara tentang kelemahan diri

BERBICARA tentang kelemahan diri dari satu sudut adalah demi tawaduk (lebih2 lagi di hadapan Tuhan al-‘Azim). Namun ada pihak langsung menafsirkan kita lemah dalam perkara berkenaan lalu enggan ‘bersyarikat’ dengan kita terutama dalam lokus perkara berkenaan. Bagi seorang pemimpin, berhati2 bila berbicara tentang kelemahan diri. Pun begitu, bukanlah mahu terus2 berbicara tentang kehebatan diri untuk manusia (demikian yang sering ditegaskan oleh  Prof Dr Muhaya dalam Radio IKIM.fmnot really to impress other people). Demikian refleksi peribadi saya pada hari ini di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Bertemu selepas 26 tahun

CIKGU BM, Cikgu Amir ditemui di rumah beliau di Parit Jawa pada Ahad lalu. Sedar atau tidak sedar, saya bertemu kembali dengannya selepas 26 tahun. Selain mengajar BM, beliau adalah guru yang bersusah-payah pusing keliling bandar ke sekolah2 tertentu untuk saya lakukan tanda aras (benchmark) bagi mengendalikan projek melukis mural di makmal2 sains sekolah seusai SRP.

Membeli tiket ke pasca teater Natrah

TEATER Natrah Musim Ke-2 sedang berlangsung dan akan berakhir pada 5 November ini. Saya cuba lihat dari perspektif berbeza.

Agenda pasca teater Natrah harus sama serius dengan mahu anjurkan teater Natrah. Program cemar dan cubit akidah mesti dibanteras. Betapa ramai yang mahu murtad dan mahu dimurtadkan, sama ada dalam kalangan Muslim dan yang baru Muslim.Pengalaman bersama anak2 muda yang kembali kepada fitrah memberikan pelajaran dan refleksi kepada saya bahawa jiwa mereka… Baca seterusnya di sini; http://blog.hikmah4u.com/?p=2012

ESQ dan rasa bangga terhadap Islam

ANTARA krisis yang dialami oleh umat kini adalah krisis kerohanian, krisis emosi serta krisis rasa bangga atau ‘izzah terhadap Islam. Inilah antara perkara yang saya lihat bahawa ESQ mahu pecahkan tembok krisis tersebut dalam diri setiap peserta. Pada 23 dan 24 Nomber lalu, saya berpeluang mengikut ESQ tahap pertama di Kg Melayu Majidi di bawah kendalian Dudi Supriadi dari Bandung, dibantu oleh Zul dari Kelantan dan para ATS yang lain.

Baca entri lengkap di http://blog.hikmah4u.com/?p=2005.