Teater al-Bukhari di Persada Johor akhir bulan ini

TEATER tokoh muhaddith tersohor, al-Bukhari akan dianjurkan di PERSADA JOHOR pada 29 dan 30 Mei 2010. Teater bermula pada jam 8 malam. Teater oleh: MAGICAL THEATER SDN BHD dengan kerjasama YAYASAN WARISAN JOHOR. Penganjur: MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR dan WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD. Pada 29 Mei, siap ada makna malam. Harga meja. RM 4 ribu hingga RM 20 ribu. Harga tiket dewasa pada 30 Mei ialah RM 20.

Saya tidak pasti apakah fokus sebenar teater ini (yang tersirat daripada objektif yang tersurat). Masing2 ada perspektif tersendiri. Barangkali mahu:

  • Menyanggah golongan anti hadis.
  • Mengambil teladan daripada al-Bukhari memiliki kabel besar dengan Allah dalam konteks keilmuan dan penulisan. Setiap kali mahu menulis, solat istikharah dulu manakala maha karya beliau dirangka di dalam masjid (bukan di puncak Genting Highland atau di pantai Bali).
  • Mengajak umat Johor khususnya agar lebih menyintai nabi Muhammad lantaran setelah menyambut Maulidur-Rasul sehingga berbulan2 lamanya.
  • Mengangkat martabat tokoh ulama dan bukannya menambat ulama.
  • Memberikan alternatif hiburan dalam Islam.
  • Menyerlahkan keupayaan golongan teater bahawa mereka mampu mementaskan teater beraroma Islam.
  • Menjadikannya sebagai suatu wahana mentarbiah golongan teater dan penonton teater.

Tahniah dengan penganjuran sebegini.

11 thoughts on “Teater al-Bukhari di Persada Johor akhir bulan ini

  1. Tn. Hj. Zulkifli,
    Jika berkesempatan sudilah hadir menonton teater berskala kecil yang kosnya juga kecil (semampu dan seadanya) di DBPWS iaitu teater monolog ‘Kampung Cetek’ yang dipentaskan sebanyak tiga kali pada 21 – 22 Mei 2010 ini.
    Terima kasih.

    • Terima kasih di atas undangan. Insya-Allah saya cuba hadir untuk bermonolog dalam gelap bersama watak yang bermonolog di pentas. Ya saya menemui sesuatu: Anda lebih kenal teman anda melalui dialog, anda lebih kenal diri anda sendiri melalui monolog (yang berterusan).

  2. Dapat juga pelawaan dari seorang rakan untuk hadir ke teater ni, tapi sayangnya tidak boleh balik ke JB pada tarikh tersbut. Jika abg pergi saksikan, kongsi2 ya.. 🙂

  3. mohon jasa baik untuk perincikan maklumat di mana dan waktu bermulanya teater Kampung Cetek…kedengaran menarik…

    terima kasih…

    • Tadi saya beli di Pejabat Mufti Johor, RM 10 untuk kanak2. RM 20 untuk dewasa. Kalau begitu, anda bernasib baik. Meja makan berharga RM 20 k pula sudah habis dijual. Program ini sememangnya suatu sejarah. Kalau ok, khabarnya akan diteruskan pada saban tahun.

      • Saya silap dengarla agaknya tu.. Saya balik kampung masa itu.. Insya_Allah jika sempat sampai di JB nanti mahu juga kesana.. tapi tiket memang perlu ditempah dahulu ya?

  4. Nuaeman, ada kemungkinan tiket dijual pada waktu pementasan. Bagaimanapun saya sudahpun beli lebih awal. Untuk makluman, saya insya-Allah akan buka gerai menjual buku2 ONLINE DENGAN TUHAN, OFFLINE DENGAN SYAITAN dll. Jumpa di sana untuk pertemuan nyata. Salam perkenalan!

    • Salam Tuan Khair, saya tidak pasti dapat sertai ataupun tidak kerana pulang ke kampung. Semalam isteri ada call yang mana di UTM semalam ada orang tawarkan untuk belikan tiket teater tu.

      ODT dan ODS saya telah lama dapatkan. Jika berkesempatan akan saya cuba singgah. Sekarang sedang membaca OK dan KO Haji, Umrah. Insya_Allah jika diizinkan akan kesana minggu hadapan.

      • Tidak mengapa. Yang penting, kita menghargai al-Bukhari sekali gus menghargai hadis nabi Muhammad. Yup, Sdra Zaki ada bagi tahu semalam. Moga selamat dan kembali dengan transformasi yang optimum.

Tinggalkan komen